Thursday, October 30, 2014

kita adalah MANUSIA.


Assalamualaikum,


Tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan didunia ini pernah melakukan kesilapan, tidak kira sebesar mana sekalipun. Akan tetapi, sudah menjadi lumrah manusia kita akan dipandang hina oleh kejahilan masa silam kita dahulu. Manusia sering kali lebih memandang keburukan seseorang daripada kebaikkan yang pernah dilakukan. marilah kita sama-sama mengubah cara yang sudah lame songsang ini. jika seseorang mahu berubah menjadi semakin baik, bantulah mereka! sokonglah mereka! bimbinglah mereka! bukan mengutuk mereka! bukannya mengunkit kisah silam mereka!




Sunday, March 23, 2014

TAHNIAH KAK WAN!




Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah dan rahmatnya kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. semoga kemenangan yang Allah bagi ini menjadi satu titik tolak permulaan kepada politik baru di Malaysia. Semoga Allah memberkati dan meredhai akan kemenangan ini. 

kak wan,
kau seorang isteri kepada pemimpin yang hebat,
kau seorang ibu kepada anak-anak yang hebat,
kau seorang wanita yang cekal dan tabah.

"Suara Rakyat, Suara Keramat"




Saturday, March 22, 2014

Ibu Reformasi..

\

Assalamualaikum, pada hari ini berlansung PRK kajang. calon daripada pakatan rakyat ialah ibu reformasi kita Dr wan azizah. sempoi jer beliau melawat kawasan membuang undi dengan menaiki motosikal.. hehehe.. Apa-apa pum , semoga Allah memberi kemengan kepada Dr wan Azizah.

"Suara Rakyat, Suara Keramat"

Sunday, March 16, 2014

Ambil sebagai satu pengajaran untuk kita.

Assalamualaikum, pada kali ni saya nak sentuh pasal isu budak-budak yang maut ketika konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Sedang negara mengalami beberapa masalah ataupun musibah seperti Jerebu,kebakaran hutan,kehilangan pesawat MH 370 kita dikejutkan pula dengan kejadiaan seperti ini. Sesungguhnya Allah sedang menguji seluruh rakyat Malaysia dan janganlah kita menempah bala' daripada Allah S.W.T. 



Saya suka mengingatkan kepada diri saya dan juga rakan-rakan sekalian yang mana kita berada di akhir zaman.Marailah kita sama-sama kembali kepada Islam. Berbagai-bagai ujian dan musibah yang Allah bagi kepada kita tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi peringatan kepada kita bahawa dunia bukan kekal dan sampai satu saat bumi akan khiamat. Suka atau tidak suka, kita tetap akan kembali kepada Allah untuk dihitung segala amalan yang telah kita lakukan diatas muka bumi ini. "Allah menjadikan dunia untuk manusia, tetapi Allah tidak menjadikan manusia untuk dunia".



"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali". saya berpesan kepada diri saya dan juga rakan-rakan yang lain agar kita sama-sama muhasabah diri kita setiap hari adakah amalan-amalan yang kita nak bawak kembali berjumpa dengan Allah sudah cukup?? adakah segala amalan-amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah?? hanya Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu pekara. 





mcm2 hal org sekarang nih..


HAHAHAHA.. zam zam zam alapadam!!! adoi.. ni pom lagi satu.. sape yang tak tahu isu nie aku xtaw la nak cakap ape kan. satu isu yang sudah pasti menjejaskan imej seluruh ummat islam di Malaysia bahkan seluruh ummat islam seluruh dunia. datuk ade terbaca dalam sebuah article yang mana.. suatu ketika dahulu, kita digemparkan dengan isu kalimah Allah yang hendak diletakkan didalam kitab bible. tidak salah sebenarnye nak gantikan perkataan god kepada Allah. TETAPI kitab yang dimakudkan bukanlah kitab bible sekarang tetapi kitab INJIL yang diturunkn kepada Nabi ISA dahulu. kitab Bible sekarang telah banyak diubah oleh sejarahwan terdahulu. 

Apa yang saya nak cakap ialah, isu kalimah Allah nie ada kaitan dengan politik.. jadi ianya menjadi satu isu hangat dalam negara kita. Ada yang berkata bahawa kalimah Allah nie hanya untuk orang islam sahaja melayu khususnya dan menafikan hak orang bukan islam untuk menggunakkan kalimah Allah. Semalam datuk ada mendegar tazkirah magrib di surau seksyen 8.. ustaz ada mengulas tentang isu ini.. kalimah Allah nie adalah untuk semua makhluk Allah.. rujuk  maksud ayat surah Al-Fatihah ayat yang kedua yang bermaksud "segala puji Allah tuhan sekalian alam" tak kira lah kamu ni melayu k, cina k, india k, bangla k, kulit putih k, hitam ka.. semuanya berhak menyebut Allah. TETAPI, aishh banyak pulak tapi datuk nie kan.. hehe.. dalam isu nak mengantikkan perkataan God kepada Allah dalam kitab Bible sekarang TIDAK BOLEH! atas alasan diatas.

okey, datuk baru nak masok isu zam zam nih, akibat daripada isu MH 370 yang hilang tempoh hari maka lahirlah isu bomoh nie.. yang datuk hairan bin ajaib kan.. macam mana bomoh nie blh dapat kebenaran untuk berbuat demikian dekat klia?? siapa yang bagi kebenaran?? Datuk cuma hairan la kan.... video yang pertama yang datuk tgk dkt fb ialah tok bomoh nie menggunakkan bubu, teropong n ape entah.. lupe.. video kedua plak duduk atas tikar, ade buah kelapa dan sambil mendayung menyebut Allah. Setalah kecoh, barulah pihak Jakim mengatakkan yang apa yang dibuat oleh tok bomoh nie adalah perbuatan Khurafat dan Syirik! Apa tindakkan yang diambil oleh pihak yang berwajib kepada tok bomoh nih?? haaa.. Jabatan Agama Islam Selangor JAIS akan mengambil tindakan undang-undang mengikut enekmen jenayah syariah selangor. kita sebagai orang Islam perlu menerangkan kepada saudara-saudara bukan islam tentang pekara ni.

dah bosan k dgr datuk membebel?? hahahaha.. okey la.. datuk stop sampai sini la dulu ye.. ni datuk tak masok lagi isu tok bomoh ni dgn saudara KJ.... lau masok.. esok xabis ag.. hahahaha.. okey laa..cukup la setakat nie dulu.. 


* saya menerima segala teguran secara hati yang terbuka.