Sunday, March 16, 2014

Ambil sebagai satu pengajaran untuk kita.

Assalamualaikum, pada kali ni saya nak sentuh pasal isu budak-budak yang maut ketika konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Sedang negara mengalami beberapa masalah ataupun musibah seperti Jerebu,kebakaran hutan,kehilangan pesawat MH 370 kita dikejutkan pula dengan kejadiaan seperti ini. Sesungguhnya Allah sedang menguji seluruh rakyat Malaysia dan janganlah kita menempah bala' daripada Allah S.W.T. 



Saya suka mengingatkan kepada diri saya dan juga rakan-rakan sekalian yang mana kita berada di akhir zaman.Marailah kita sama-sama kembali kepada Islam. Berbagai-bagai ujian dan musibah yang Allah bagi kepada kita tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi peringatan kepada kita bahawa dunia bukan kekal dan sampai satu saat bumi akan khiamat. Suka atau tidak suka, kita tetap akan kembali kepada Allah untuk dihitung segala amalan yang telah kita lakukan diatas muka bumi ini. "Allah menjadikan dunia untuk manusia, tetapi Allah tidak menjadikan manusia untuk dunia".



"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali". saya berpesan kepada diri saya dan juga rakan-rakan yang lain agar kita sama-sama muhasabah diri kita setiap hari adakah amalan-amalan yang kita nak bawak kembali berjumpa dengan Allah sudah cukup?? adakah segala amalan-amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah?? hanya Allah yang Maha Mengetahui akan sesuatu pekara. 





No comments:

Post a Comment